Monday, July 6, 2009

Ajaran sesat di Malaysia. Ajaran Taslim???

Ajaran sesat di Malaysia. Ajaran Taslim???
Senarai ajaran sesat????

Muqadimah.

Bismillahirrahmaanirrahiim..
Bermula selawat dan salam buat junjungan kita penghulu Sekalian Rasul Saidina Muhammad beserta keluarga baginda sahabat-sahabat dan kaum muslimin keseluruhannya.
Assalamu’alaikum,

Sesat secara ringkasnya ialah melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum-hukum dan perintah-perintah agama. Dan apa-apa yang bertentangan dan berlawanan dengan perintah Al-Quran dan sunah Rasulullah adalah semestinya sesat.
Tujuan saya paparkan ruangan ini untuk tatapan semua adalah dengan niat yang ikhlas untuk membela dengan sekeras-kerasnya terhadap pertuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap pengasas ajaran Taslim di Kampung Seronok.

Di mana semua tuduhan yang dilemparkan itu benar-benar tak berasas dan ianya suatu tuduhan yang terlalu melulu, tanpa bukti yang kukuh dan juga tanpa saksi-saksi yang jelas. Walaupun suatu ketika dahulu Allahyarham Datuk Syeikh Azmi iaitu bekas mufti P. Pinang pernah beberapa lama di situ dan beliau mendapati tiada amalan yang dilakukan oleh penduduk Kg Seronok yang dilihat bertentangan dengan hukum Islam.

Di sini ingin saya jelaskan bahawa orang-orang yang mengikuti pengajian Hj Syed Muhammad Syafi’i adalah beragama Islam, beraqidah mengikut Asy-Sya’irah, berfeqah mengikut mazhab Syafi’i.

DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
">Sabdanya, sesungguhnya aku tidak dibangkit sebagai pengutuk tetapi aku diutuskan sebagai rahmat (HR: Muslim).

Pengertian:
Dalam hadis ini Rasulullah menyatakan bahawa baginda tidak diutuskan untuk mengutuk sesiapa tetapi baginda diutuskan sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam. Sikap pengutuk itu amat tidak disukai oleh baginda. Ini kerana baginda merupakan manusia yang paling tinggi budi pekertinya. Sebab itu, baginda adalah contoh yang terbaik bagi ikutan kepada seluruh manusia.

Kesimpulan dari Hadith ini ialah jauhilah sifat-sifat mazmumah yang boleh menyebabkan permusuhan di dalam masyarakat sebaliknya amalkanlah sifat-sifat mahmudah yang dapat melahirkan perasaan kasih sayang dan keharmonian dalam masyarakat.
Berkaitan dengan demikian, maka sebarang pertuduhan tanpa saksi atau bukti yang kukuh adalah dikira fitnah dan fitnah adalah sesuatu perkara jelek yang amat dibenci Islam. Sebagai seorang yang mengaku sebagai Islam atau yang bergelar sebagai ustaz atau kadhi atau mufti maka jika terlibat dalam fitnah sebegini rupa adakah layak dirinya digelar ustaz atau sebagainya??? Beristighfarlah jika anda tiada mempunyai bukti-bukti yang kukuh.

Umat di Kampung Seronok dan juga di lain-lain tempat di Malaysia yang mengikuti pengajian yang diasaskan oleh almarhum al-Hajj Muhammad Syafii adalah umat yang mengaku dirinya Islam mengamalkan Islam dan percaya dengan 6 Rukun Iman dan mengamalkan 5 Rukun Islam dan beriman kepada Allah dan beribadat kepada Allah swt dengan amalan tasawuf bagi mencapai darjat Ihsan seperti kaedah al-Ghazali dan juga sebagaimana yang dianjurkan Rasulullah saw. Umat ini juga mengucap dua kalimah syahadah sama seperti yang diucapkan oleh umat-umat Islam yang lain. Umat ini bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah!!.

Malah umat ini juga menganjurkan hidup berzuhud seperti Rasulullah, para sahabat, tabii dan tabiin dan amat memuliakan para wali-wali sufi seperti al-Imam al-Ghazali, Sheh Abdul Kadir, Hasan Al-Basri, dan para-para wali yang lain-lain. Apa-apa amalan yang bertentangan dengan Islam yang dikatakan dilakukan oleh penduduk Kampung Seronok adalah FITNAH, malah tohmahan seperti tidur dengan guru, minum air anjing hitam, adalah suatu perbuatan yang keji dan amat ditentang keras oleh Islam dan pengikut pengajian Hj Syed Muhammad Syafi’i.

Tuduhan ini dibuat tanpa bukti yang kukuh dan FITNAH yang ditaburkan di seluruh Malaysia ini, akan kita bawa bersama-sama ke kubur dan sebagai orang Islam jika kita tuduh sesat tanpa bukti maka jawaplah kita di hadapan Allah swt nanti. Jika kita mendengar berita dari orang-orang yang tidak dapat dipastikan kebenarannya, maka kita sisatlah dahulu. Jika tidak kita juga akan menjadi seperti orang-orang yang fasik yang menaburkan fitnah di atas muka bumi Allah swt ini yang mana akan meracuni pemikiran manusia-manusia yang lain dan seterusnya juga akan menyambung usaha dalam menyebarkan fitnah.

Almarhum al-Hajj Muhammad adalah bersalasilah dengan Rasulullah dari nasab Imam Hassan putera Fatimah dan cucu kepada Rasulullah saw yang kita muliakan. Beliau adalah keturunan Rasulullah dan menghormati ahlil Bait adalah diperintahkan Rasulullah seperti dalam Hadith Shahih Muslim :

Diriwayatkan oleh Zaid bin Arqam, ia berkata “ Pada suatu hari Rasulullah saw berdiri di hadapan kita di sebuah tempat yang bernama Ghadir Khum seraya berpidato. Maka beliau memanjatkan puja dan puji atas Allah SWT, menyampaikan nasihat dan peringatan. Kemudian beliau bersabda ‘ Ketahuilah – wahai manusia – sesungguhnya aku hanya seorang manusia; Aku merasa bahwa, utusan Tuhanku (malaikat maut) akan segera datang dan aku akan memenuhi panggilan itu. Dan aku tinggalkan padamu ats-Tsaqalain; yang pertama: Kitab Allah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya, maka berpegang teguhlah dengan Kitab Allah.’ Lalu beliau menganjurkan (kita) agar berpegang teguh dengan Kitab Allah- kemudian beliau melanjutkan ‘Dan ahlubaitku. Kuperingatkan kalian akan ahlulbaitku (beliau ucapkan ini tiga kali).’”.

Maka tidak hairanlah dengan pertuduhan dan fitnah yang disebarkan terhadap Ahlul Bait Rasulullah adalah diwarisi daripada fitnah besar yang digembar-gemburkan oleh Si Yazid anak Muawiyyah yang mengarahkan pembantaian cucu Rasulullah iaitu Imam Husin ra, yang baginda amat sayangi memanggil dengan nama ‘anak’. Tidak cukupkah lagi dengan fitnah ini maka dengan tanpa usul periksa maka sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah.

Benarlah apa yang disebut di dalam al-Quran bahawa fitnah itu lebih kejam dan berbahaya daripada pembunuhan. (rujuk surah Al-Baqarah, ayat 191)

Malah Aisyah, isteri Rasulullah s.aw yang amat disayangi itu pernah difitnah ‘menduakan’ baginda dengan salah seorang sahabat Nabi ketika beliau tertinggal daripada rombongan Nabi. Sejarah mencatatkan, hampir sahaja Nabi terpengaruh dan mempercayai isu tersebut sehingga baginda terpaksa menjauhi Aisyah yang selama ini paling dekat dengannya. Hanya setelah turun wahyu yang membersihkan kembali maruah Aisyah, Nabi s.a.w kemudiannya kembali tenang dan gembira.

Golongan yang menyebarkan fitnah ini seolah-olah tidak sedar dan mungkin tidak percaya bahawa kelak di akhirat bahawa mulut dan lidah yang berkata-kata, tangan yang menunjuk dan kaki yang berjalan, iaitu tiga anggota tubuh yang berperanan besar dalam proses menyebarkan fitnah akan diminta pertanggungjawaban masing-masing. Menuduh berbuat zina sama dosa besarnya dengan zina itu sendiri.

Rasulullah s.a.w sering mengingatkan kaum Muslim agar menghindari fitnah yang ditimbulkan oleh sumber dan percakapan yang salah. Al-Quran dan sunnah selalu mengingatkan tentang bahaya fitnah. Dalam banyak kesempatan, ketika Nabi s.a.w memulai percakapan, baginda selalu memohon perlindungan kepada Allah s.w.t daripada akibat buruknya fitnah.

Fitnah-fitnah yang disebarkan

1. Menganggap Hj Muhammmad Syafii sebagai maksum

2. Mengikuti ajaran Syiah Ismailiah

3. Solat secara niat atau mengamalkan solat daim

4. Minum air dari hati anjing hitam dan darah dari jari manis bercampur sarbat

5. Zina diharuskan/Tidur dengan guru/nikah batin

6. Ambil haji di Kampung Seronok

7. Alam ini bersifat qadim

8. Menolak kewujudan kiamat, syurga dan neraka

9. Dan lain-lain fitnah yang sewaktu dengannya

Wahai masyarakat Malaysia yang tertinggal dalam banyak hal yang menyeluruh di dalam agama silalah layari website tentang ahlal Bait Rasulullah mengikut ahli sunnah wal jamaah. Anda akan menyedari keutamaan-keutamaan mereka di dalam Hadith-hadith Rasulullah bersanad dari jalur ulamak-ulamak ahli sunnah sendiri bukan dari jalur Syiah.

KINI SETELAH 150 TAHUN DI TOHMAH DENGAN BERBAGAI FITNAH, MAKA INILAH MASANYA UNTUK MELAKUKAN PEMBELAAN TERHADAP HAMBA ALLAH YANG ABID, ZUHUD LAGI WARAK BERKETURUNAN DARI NASAB YANG MULIA YANG BERSAMBUNG PERTALIAN DARAH DENGAN ANAKANDA RASULULLAH FATIMAH AZ-ZAHRA RA DAN SEPUPU JUGA MENANTU RASULULLAH SAW IAITU AL-IMAM ALI RA.


Menjawab fitnah terhadap ajaran Hj Muhammad Shafi’i

Menjawab pertuduhan pertama dan kedua bahawa Hj Muhammad Matahari sebagai maksum.

Maka di dalam Firman sendiri seperti dalam Surah Asy-Syuuraa:23 ,

Katakanlah (ya Muhammad), tiada aku minta upah pun atas seruan ini melainkan kecintaanmu atas kaum kerabat (nasab Nabi Muhammad saw) ‘.

Menghormati keluarga baginda Rasulullah adalah tidak bertentangan dengan pegangan ahlul sunah wal jamaah sendiri .


Ahlul Bait dan pandangan menurut ulamak Sunni

Fenomena ahli bait Nabi SAW tidak pernah lepas dari islam baik dalam susunan konsep atau ajaran dan keyakinan maupun perkembangan dan kegiatannya. Hal ini sudah pasti oleh kerana amanat yang langsung diberikan Allah dalam Al-Qur’an dan juga pesan-pesan atau wasiat yang sering disampaikan Nabi SAW tentang kedudukkan mereka sebagaimana beliau mewasiatkan kedudukkan Al-Qur’an dan Hadits. Ada dua riwayat berkisar tentang Hadits Tsaqolain. Yang pertama menyebutkan Alqur’an dan sunnah Nabi SAW, yang kedua menyebutkan Alqur’an dan ‘itroh atau keturunan beliau.

Dalam pandangan peribadi justeru dari ayat dan hadits yang memaparkan keutamaan para beliau itulah, potensi bagi munculnya perbantahan yang timbul oleh rasa kecemburuan. Satu sisi tidak bisa kita elakkan kedudukkan orang-orang yang kepentingan politiknya lebih dominan sehingga kemunculan para ahli bait dengan segala keutamaan yang mereka miliki yang secara langsung boleh menjadi magnet tersendiri di hati kaum muslimin dan dipandang sebagai sebuah ancaman yang serius.

Penghinaan pada Imam Ali ra yang suatu waktu dahulu pernah diharuskan dilaksanakan di mimbar-mimbar Jumaat adalah bahagian dari implementasi kecemburuan dan kerisauan itu. Bahkan kekhuatiran yang berlebihan itu telah mendorong untuk melakukan reduksi nubuwwah (melakukan potongan atau pengurangan pada sabda Baginda Rasulullah saw walaupun terbukti Shahih) dan selalu mengedepankan basyariyyah beliau. Hadits “inna akromakum ‘inda Allohi atqokum” menjadi semacam ‘maskot’ atau ikon kelompok mereka yang diramu dengan kultus dan syirik.

Sudah tentu perlakuan semacam itu tidak boleh diterima oleh sebahagian yang lain baik dari pihak yang neutral maupun dari kalangan ahli bait sendiri sehingga muncul langkah perlawanan secara ekstrim seperti yang dilakukan kelompok syi’ah dengan semua pecahannya.

Sementara itu ada pula yang tetap teguh berpegang pada pedoman dan ajaran Nabi SAW yang tidak diwarnai dua kepentingan tersebut. Mereka ini memberikan hak-hak ahli bait sepeti yang diajarkan oleh Nabi SAW dan tidak melampaui batas. Mereka menyintai ahli bait oleh karena mereka menyintai datuk mereka Rosulullah SAW. Kecintaan mereka pada keluarga Nabi SAW banyak yang melampui kecintaan mereka pada keluarga bahkan orang tua mereka sendiri. Fenomena seperti ini bisa dilihat pada pengakuan tulus Abu Bakar Asshiddiq RA bahwa Islamnya Abbas bapa saudara Nabi saw jauh lebih menggembirakan beliau dari Islamnya Abi Quhafah, ayah beliau sendiri. Mungkinkah hal yang demikian kita katakan sesat?

Imam Syafi’i ( 150-204 H) sebagai salah seorang mujtahid dan tokoh utama ahli sunnah waljama’ah menyatakan dengan lantang: jikalau menyintai ahli bait Nabi mesti harus disebut sebagai kelompok Rofidhi maka aku nyatakan aku rela disebut demikian demi cintaku pada mereka. Sama sekali tidak barerti beliau membenarkan ajaran kelompok Rofidhoh tapi sebagai ungkapan kecintaan beliau yang mendalam hingga risiko apapun yang harus diterima beliau rela.

Imam Suyuthi ( 911 H) seorang pakar tafsir, hadits dan fiqh dari sunni secara khusus mengumpulkan hadits-hadits yang berisikan tentang keutamaan ahli bait Nabi SAW yang diberi nama ihya’ almayyit bi Fadhoil Ahl al-bait ada enam puluh hadits Nabi beliau rangkum dalam risalah tersebut. Bahkan kecintaan beliau pada keluarga nabi SAW mendorongnya membuat beberapa risalah tentang keselamatan kedua orang tua Nabi SAW dari api neraka sebagaimana Imam Ahmad Zaini Dahlan, mufti Haromain yang menyusun risalah Asna Al-Matholib finajati Abi Tholib.

Dalam risalah-risalah tersebut diterangkan bahwa kedua orang tua Nabi SAW sebagaimana pamannya, Abi Tholib -atas permohonan beliau- dihidupkan kembali dari kubur sehingga berikrar mengucapkan dua kalimah syahadat. Dipaparkan pula dasar-dasar dan alasan kedua beliau baik dari hadits ataupun lainya serta upaya mempertemukan beberapa dalil yang lain yang dipandang berlawanan dengan dalil-dalil yang beliau kemukakan. Kalangan Sunni yang muhibbin menjadikan paparan kedua beliau tentang keselamatan kedua orang tua Nabi SAW bukan saja kerana alasan fatroh begitu juga paman beliau sebagai keyakinan mereka. Sementara yang lain gigih melakukan serangan balik pada dua imam tersebut.

Imam Ibnu Hajar Al-Haitami (w: 974 H.) seorang ulama yang dikenal sebagai pakar fiqh yang karyanya menjadi rujukan wajib bagi mufti-mufti Syafi’i setelahnya, mengulas secara panjang dan luas tentang ahli bait meliputi keutamaan,dan kemuliaan mereka serta keutamaan menyintai dan balasan memusuhi mereka. Dikupasnya semua ayat yang terkait dan hadits-hadits dalam kitabnya yang terkenal Asshowaiq Almuhriqoh. Tidak kurang empat belas ayat yang beliau jadikan dasar keutamaan ahli bait beliau hujatkan dan kemudian secara khusus ayat 23 dari surat Assyuro tentang Mawaddah Ahli Qurba dibahas dalam lima bab.

Dengan menukil hadits yang diriwayatkan dari imam Dailamy beliau menyebutkan: ” orang yang tidak mau mengerti akan hak-hak keturunanku, dan hak-hak kaum Anshor serta hak-hak orang arab baginya hanya ada tiga kemungkinan: pertama orang tersebut munafik kedua orang tersebut anak haram atau anak hasil zina ketiga orang tersebut hasil persetubuhan disaat ibunya tidak suci (haidh).

Kalau saja harus kami sebutkan ulama-ulama dan pendapat mereka tentang cinta ahli bait tentu akan sangat panjang dan melelahkan. Silakan yang ingin lebih tahqiq meruju’ kitab-kitab diatas atau pada kitab-kitab dibawah ini:

Assyaroful Muabbad karya Yusuf bin Ismail Annabhani
Uqudul Almas karya Sayyid Alwi bin Thohir Alhaddad
Almasyro’u Arrowi karya:…….
Masyariqul Anwar Assaniyyah karya Imam Ahmad Zaini Dahlan
Addurorun Naqiyyah karya alimam Muhammad Sa’id babshil

Malah Prof Dr Hamka yakni ulamak tersohor di Nusantara sendiri mempunyai pendapat yang secara terang membela ahlul bait. Maka siapakah kita yang menjadi tukang pemfitnah adakah kita menyamai taraf sama atau melebihi dari Ulamak tersohor ini. Berikut adalah petikan dari pandangan beliau tentang ahlul bait:

Pendapat Prof. HAMKA tentang Ahlul Bait

H. Rifai, seorang Indonesia beragama Islam yang tinggal di Florijn 211 Amsterdam, Nederland, pada tanggal 30 Desember 1974 telah mengirim surat kepada Menteri Agama H.A Mukti Ali dimana ia mengajukan pertanyaan dan mohon penjelasan secukupnya mengenai beberapa hal diantaranya tentang keturunan Rasulullah saw.

Oleh Menteri Agama diserahkan kepada Prof. Dr.H. Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) untuk menjawabnya melalui Panji Masyarakat, dengan pertimbangan agar masalahnya dapat diketahui umum dan manfaatnya lebih merata. Jawaban HAMKA atas pertanyaan diatas sebagai berikut :

Yang pertama sekali hendaklah kita ketahui bahwa Nabi saw tidak meninggalkan anak laki-laki. Anaknya yang laki-laki yaitu Qasim, Thaher, Thayib dan Ibrahim meninggal di waktu kecil belaka. Sebagai seorang manusia yang berperasaan halus, beliau ingin mendapat anak laki-laki yang akan menyambung keturunan (nasab) beliau. Beliau hanya mempunyai anak-anak perempuan, yaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kulsum dan Fathimah. Zainab memberinya seorang cucu perempuan. Itupun meninggal dalam sarat menyusu. Ruqayyah dan Ummu Kulsum mati muda. Keduanya isteri Usman bin Affan, meninggal Ruqayyah berganti Ummu Kulsum (ganti tikar). Ketiga anak perempuan inipun meninggal dahulu dari beliau.
Hanya Fathimah yang meninggal kemudian dari beliau dan hanya dia pula yang memberi beliau cucu laki-laki. Suami Fathimah adalah Ali Bin Abi Thalib. Abu Thalib adalah abang dari ayah Nabi dan yang mengasuh Nabi sejak usia 8 tahun. Cucu laki-laki itu ialah Hasan dan Husain. Maka dapatlah kita merasakan, Nabi sebagai seorang manusia mengharap anak-anak Fathimah inilah yang akan menyambung turunannya. Sebab itu sangatlah kasih sayang dan cinta beliau kepada cucu-cucu ini. Pernah beliau sedang ruku' si cucu masuk ke dalam kedua celah kakinya. Pernah sedang beliau sujud si cucu berkuda ke atas punggungnya. Pernah sedang beliau khutbah, si cucu duduk ke tingkat pertama tangga mimbar.

Al-Tarmidzi merawaikan dari Usamah Bin Zaid bahwa dia (Usamah) pernah melihat Hasan dan Husain berpeluk di atas ke dua belah paha beliau. Lalu beliau saw berkata, 'Kedua anak ini adalah anakku, anak dari anak perempuanku. Ya Tuhan aku sayang kepada keduanya'.
Dan diriwayatkan oleh Bukhari dan Abi Bakrah bahwa Nabi saw pernah pula berkata tentang Hasan, 'Anakku ini adalah Sayyid (tuan), moga-moga Allah akan mendamaikan tersebab dia diantara dua golongan kaum muslimin yang berselisih'.

Nubuwat beliau saw itu tepat. Karena pada tahun 60 hijriyah Hasan menyerahkan kekuasaan kepada Muawiyah, karena tidak suka melihat darah kaum muslimin tertumpah. Sehingga tahun 60 itu dinamai 'Tahun Persatuan'. Pernah pula beliau berkata, 'Kedua anakku ini adalah Sayyid (tuan) dari pemuda-pemuda di syurga kelak'.

Barangkali ada yang bertanya : 'Kalau begitu jelas bahwa Hasan dan Husein itu cucunya, mengapa dikatakannya anaknya?. Ini adalah pemakaian bahasa pada orang Arab, atau bangsa-bangsa Semit. Di dalam alquran surat ke-12 (Yusuf) ayat 6 disebutkan bahwa nabi Ya'kub mengharap moga-moga Allah menyempurnakan ni'mat-Nya kepada puteranya Yusuf, sebagaimana telah disempurnakan-Nya ni'mat itu kepada kedua bapamu sebelumnya, yaitu Ibrahim dan Ishak. Padahal uang bapak atau ayah dari Yusuf adalah Ya'kub. Ishak adalah neneknya dan Ibrahim adalah nenek ayahnya. Di ayat 28 Yusuf berkata, 'Bapak-bapakku Ibrahim dan Ishak dan Ya'kub'. Artinya nenek-nenek moyang disebut bapak, dan cucu cicit disebut anak-anak. Menghormati keinginan Nabi yang demikian, maka seluruh ummat Muhammad menghormati mereka. Tidakpun beliau anjurkan, namun kaum Quraisy umumnya dan Bani Hasyim dan keturunan Hasan dan Husain mendapat kehormatan istimewanya di hati kaum muslimin.

Bagi ahlus sunnah hormat dan penghargaan itu biasa saja. Keturunan Hasan dan Husain dipanggilkan orang Sayyid kalau untuk banyak Sadat. Sebab Nabi mengatakan 'Kedua anakku ini menjadi Sayyid (tuan) dari pemuda-pemuda di syurga'. Di setengah negeri di sebut Syarif, yang berarti orang mulia atau orang berbangsa, kalau banyak Asyraf. Yang hormat berlebih-lebihan, sampai mengatakan keturunan Hasan dan Husain itu tidak pernah berdosa, dan kalau berbuat dosa segera diampuni Allah adalah ajaran (dari suatu aliran-penulis) kaum Syi'ah yang berlebih-lebihan.

Apatah lagi di dalam alquran, surat ke-33 'al-Ahzab', ayat 30, Tuhan memperingatkan kepada isteri-isteri Nabi bahwa kalau mereka berbuat jahat, dosanya lipat ganda dari dosa orang kebanyakan. Kalau begitu peringatan Tuhan kepada isteri-isteri Nabi, niscaya demikian pula kepada mereka yang dianggap keturunannya.

Menjawab pertanyaan tentang benarkah Habib Ali Kwitang dan Habib Tanggul keturunan Rasulullah saw? Sejak zaman kebesaran Aceh telah banyak keturunan-keturunan Hasan dan Husain itu datang ke tanah air kita ini. Sejak dari semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Indonesia dan Filipina. Harus diakui banyak jasa mereka dalam penyebaran Islam di seluruh Nusantara ini. Penyebar Islam dan pembangun kerajaan banten dan Cirebon adalah Syarif Hidayatullah yang diperanakkan di Aceh. Syarif kebungsuan tercatat sebagai penyebar Islam ke Mindanau dan Sulu. Sesudah pupus keturunan laki-laki dari Iskandar Muda Mahkota Alam pernah bangsa Sayid dari keluarga Jamalullail jadi raja di Aceh. Negeri Pontianak pernah diperintah bangsa sayid al-Qadri. Siak oleh keluarga bangsa sayid Bin Syahab. Perlis (Malaysia) dirajai oleh bangsa sayid Jamalullail. Yang Dipertuan Agung III Malaysia Sayid Putera adalah raja Perlis. Gubernur Serawak yang sekarang ketiga, Tun Tuanku Haji Bujang ialah dari keluarga Alaydrus. Kedudukan mereka di negeri ini yang turun temurun menyebabkan mereka telah menjadi anak negeri di mana mereka berdiam. Kebanyakan mereka jadi ulama. Mereka datang dari hadramaut dari keturunan Isa al-Muhajir dan al-Faqih al-Muqaddam. Mereka datang kemari dari berbagai keluarga. Yang kita banyak kenal ialah keluarga Alatas, Assaqaf, Alkaf, Bafaqih, Alaydrus, Bin Syekh Abubakar, Al-Habsyi, Al-Haddad, Bin Smith, Bin Syahab, Al-Qadri, Jamalullail, Assiry, Al-aidid, Al-jufri, Albar, Al-Mussawa, Gathmir, Bin Aqil, Al-Hadi, Basyaiban, Ba'abud, Al-Zahir, Bin Yahya dan lain-lain. Yang menurut keterangan almarhum Sayid Muhammad bin Abdurrahman Bin Syahab telah berkembang jadi 199 keluarga besar. Semuanya adalah dari Ubaidillah bin Ahmad bin Isa al-Muhajir. Ahmad bin Isa al-Muhajir Illallah inilah yang berpindah dari Basrah ke Hadramaut. Lanjutan silsilahnya ialah Ahmad bin Isa al-Muhajir bin Muhammad al-Naqib bin Ali al-Uraidhi bin Ja'far al-Shaddiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Husain al-Sibthi bin Ali bin Abi Thalib. As-Sibthi artinya cucu, karena Husain adalah anak dari Fathimah binti Rasulullah saw. Sungguhpun yang terbanyak adalah keturunan Husain dari Hadramaut itu, ada juga yang keturunan Hasan yang datang dari Hejaz, keturunan syarif-syarif Mekkah Abi Numay, tetapi tidak sebanyak dari Hadramaut. Selain dipanggilkan Tuan Sayyid, mereka dipanggil juga HABIB, di Jakarta dipanggilkan WAN. Di Serawak dan Sabah disebut Tuanku. Di Pariaman (Sumatera Barat) disebut SIDI. Mereka telah tersebar di seluruh dunia. Di negeri-negeri besar seperti Mesir, Baghdad, Syam dan lain-lain mereka adakah NAQIB, yaitu yang bertugas mencatat dan mendaftarkan keturunan-keturunan itu. Di saat sekarang umumnya telah mencapai 36-37-38 silsilah sampai kepada sayidina Ali dan Fathimah.

Dalam pergolakan aliran lama dan aliran baru di Indonesia, pihak al-Irsyad yang menantang dominasi kaum Ba'alawi menganjurkan agar yang bukan keturunan Hasan dan Husain memakai juga title sayid di muka namanya. Gerakan ini sampai menjadi panas. Tetapi setelah keturunan Arab Indonesia bersatu, tidak pilih keturunan Alawy atau bukan, dengan pimpinan AR Baswedan, mereka anjurkan menghilangkan perselisihan dan masing-masing memanggil temannya dengan 'al-Akh', artinya saudara.

Maka baik Habib Tanggul di jawa Timur dan almarhum Habib Ali di Kwitang Jakarta, memanglah mereka keturunan dari Ahmad bin Isa al-Muhajir yang berpindah dari Basrah ke Hadramaut itu, dan Ahmad bin Isa tersebut adalah cucu tingkat ke-6 dari cucu rasulullah Husain bin Ali bin Abi Thalib itu. Kepada keturunan-keturunan itu semua kita berlaku hormat dan cinta, yaitu hormat dan cintanya orang Islam yang cerdas, yang tahu harga diri. Sehingga tidak diperbodoh oleh orang-orang yang menyalahgunakan keturunannya itu. Dan mengingat juga akan sabda Rasulullah saw, 'Janganlah sampai orang lain datang kepadaku dengan amalnya, sedang kamu datang kepadaku dengan membawa nasab dan keturunan kamu'. Dan pesan beliau pula kepada puteri kesayangannya, Fathimah al-Batul, ibu dari cucu-cucu itu, 'Hai Fathimah binti Muhammad, beramallah kesayanganku. Tidaklah dapat aku, ayahmu menolongmu di hadapan Allah sedikitpun'. Dan pernah beliau bersabda, 'Walaupun anak kandungku sendiri fathimah, jika dia mencuri aku potong juga tangannya.'

Sebab itu kita ulangilah seruan dari salah seorang ulama besar Alawy yang telah wafat di Jakarta ini, yaitu sayid Muhammad bin Abdurrahman Bin Syahab, agar generasi-generasi yang datang kemudian dari turunan Alawy memegang teguh agama Islam, menjaga pusaka nenek-moyang, jangan sampai tenggelam ke dalam peradaban Barat. Seruan beliau itupun akan tetap memelihara kecintaan dan hormat ummat Muhammad kepada mereka.

Panji Masyarakat No. 169/Tahun ke XVII, 15 Februari 1975 (4 Shafar 1395 H) hal 37-38.
Ini adalah sebahagian kecil dari petikan-petikan yang menekankan betapa mulianya kedudukan ahlul bait Rasulullah saw yang dirujuk daripada pendapat Imam-imam besar dari golongan ahlul sunnah wal jama’ah sendiri.

Menjawap pertuduhan ketiga

Solat secara niat atau mengamalkan solat daim?

Berdasarkan cerita-cerita dari orang yang sezaman dengan Hj Syed Muhammad Shafi’i sendiri, beliau tidak pernah meninggalkan solat fardhu dan sentiasa menjadi imam di Masjig Kg Seronok. Dan beliau sentiasa bersolat secara berjemaah. Malah beliau sendiri sentiasa menekankan kepentingan akhirat ketimbang dunia. Solat adalah intipati yang utama dalam pengajian Hj Muhammad Syafi’i.

Maka difahamkan solat Daim maka rujuklah Firman Allah swt’:
"., ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat kepadamu [dengan melimpahkan rahmat dan ampunan-Ku kepadamu], dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari Ku". (QS 2:152)

Ketika seorang hamba Allah ingat kepada Allah, maka seketika itu juga Allah ingat kepadanya. Ketika seorang mengetahui hal ini, seorang hamba Allah, hatinya menjadi aman dan tentram. Allah telah berfirman tentang hal ini :

. orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram’. (QS 13:28)

Surat Al Ma’aarij (70) ayat 19 – 27.

‘ Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir.
Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah,
Dan apabila ia mendapat kebaikan ia Amat kikir,
Kecuali orang-orang yang shalat,
Yang mereka itu shalatnya tetap (daim),
Dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bagian tertentu,
Bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mau meminta),
Dan orang-orang yang mempercayai hari pembalasan,
Dan orang-orang yang takut terhadap azab Tuhannya.’

Maka inilah yang dieertikan solat daim atau solat yang kekal. Setiap saat, pada setiap kejadian hanya berzikir mengingati Allah semata. TIDAK ADA DALAM pengajianHj Syed Muhammad Syafi’i bahawa solat hanya dengan niat. Demi Allah tidak ditemui mana-mana rujukan pun dari Syed Muhammad Syafi’i yang mengatakan sedemikian.

Malah apa gunanya solat daim tanpa melakukan solat yang difardhukan 5 waktu sehari. Awas dengan apa-apa tohmahan yang ditimbulkan tanpa usul periksa.

"Hai orang-orang yang beriman, berziikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang
beriman". (QS 33:41-43)

Berimankah wahai penyebar fitnah dengan Firman Allah ini. Orang yang mengikuti pengajian Hj Syed Muhammad Syafi’i beriman dengan ayat ini.

Menjawap pertuduhan keempat

Pengikut beliau tidak pernah meminum serbat secara beramai-ramai. Malah tiada memelihara anjing hitam atau dibunuh untuk di ambil hatinya. Malah anjing itu sendiri adalah haram disentuh bila basah apatah lagi mau membunuhnya? Tiada ajaran atau kitab-kitab Hj Syed Muhammad yang ditemui yang menyatakan harus diminum air anjing hitam. Dan tidak ada saksi yang pernah melihat bagaimana ada air yang dicampur dengan darah dari anjing hitam. Bagaimana Si penyebar fitnah ini mendapat cerita aneh ini pun pun sukar diterima malah untuk mempercayainya adalah tidak masuk akal. Apakah si penyebar fitnah ini yang menjadi tukang bancuh air anjing tersebut?

Boleh dilihat pada masa ini dan juga pada waktu di zaman beliau bahawa anjing tidak dipelihara. Dan tidak pernah ada berita bahawa ada anjing di kawasan persekitaran yang hilang maupun dibunuh. Malah murid-murid dianjurkan supaya berkasih sayang danmengukuhkan persaudaraan sesama Islam malah menunjukkan akhlak yang baik bagi yang bukan Islam.

Mereka tidak pernah diajar untuk membunuh anjing atau lain-lain binatang. Berapa banyak anjing yang perlu dibunuh untuk upacara tersebut , tidak masuk akal?????. Satu soalan yang saya mahu tanya. Mahukah anda untuk mengikuti pengajiannya jika beliau melakukan perkara demikian kepada anda.Pengikutnya masih mempunyai pemcernaan akal yang sihat dan waras.Na’uzubillahi min zaliik, hentikanlah fitnah ini.

Menjawap pertuduhan kelima (zina diharuskan)

Dari kalangan murid-murid Hj Muhammad Shafi’i ramai di antaranya adalah ahli-ahli dalam bidang agama ahli dari bidang feqh mahupun tasawuf. Malah ramai juga yang datang dari luar negara sama ada dari Indonesia, India mahupun dari Tanah Arab ada yang datang belajar dan kemudiannya terus menetap di sini dan ada yang kembali pulang ke tanah asal, kemudian dituruti oleh generasi kedua dan seterusnya. Malah Prof Doktor Hamka sendiri pernah ada datang dari Indonesia untuk menemui anak beliau tetapi tidak ditunjukkan tempatnya oleh masyarakat setempat. Sebab-sebab mereka berbuat demikian tidak diketahui.

Dan ada di antara pengikut-pengikutnya yang berasal dari pada penguasa-penguasa yang besar seperti keluarga Mahkota Alam yakni Raja dari Tanah Aceh yang berpindah ke Kedah dengan meninggalkan segala kekayaan dan kebesaran demi untuk agama. Ada juga dari keluarga Raja di Tanah Jawa yang meninggalkan kekuasaan dan kekayaan demi agama dan kini keturunan mereka masih di Pulau Pinang. Ada juga ahli-ahli agama dari bangsa Syed yang terkenal yang turut belajar dari beliau . Mengapa para pembesar-pembesar negeri ini sanggup meninggalkan takhta mereka? Bukan kerana air anjing hitam, tetapi kerana memilih jalan hidup berzuhud atau memilih akhirat ketimbang asyik leka dengan kemegahan dunia yang sementara.

Kesimpulan daripada itu maka pengikut-pengikut pengajian beliau adalah terdiri daripada mereka-mereka yang memiliki latarbelakang agama yang tidak kurang hebat malah arif dalam bidang agama. Dan mereka mencapai puluhan ribu orang di serata dunia. Cuma di Tanah Melayu beliau tidak terkenal dengan kemuliaan malah lebih terkenal dengan fitnah yang amat dahsyat yang tidak layak ditujukan kepada seorang yang mulia dan warak seperti beliau.

Maka adakah sewajarnya seorang yang amat dihormati dan dikenali oleh ahli-ahli agama ini mengharuskan zina, melakukan upacara nikah batin dan tidur dengan murid-muridnya? Mana mungkin murid-muridnya yang ahli dan intelek dalam agama membenarkan perkara ini berlaku. Amat menjelekkan sekali tuduhan yang dilemparkan terhadapnya. Seperti langit dan bumi.

Seperti sebelumnya dijelaskan tidak ada ditemui bukti barang satu ayat pun dari beliau yang menerangkan perkara semungkar itu dipersetujui beliau. Jauh sekali untuk beliau melakukannya.

Saya nak nak tanya apakah tindakan anda jika ada perkara seumpama itu berlaku berhampiran kita, maka kita akan membiarkan sahaja?? Amat tidak waras kalau pengikutnya berdiam diri. Wahai tukang fitnah, siasatlah dahulu sebelum anda dikembalikan kepada tanah maka bertaubatlah denagn segera dan sebenar taubat. Usul periksalah dahulu sesuatu sebelum anda terlibat dalam kancah fitnah. Apatah lagi bersangkutan dengan agama. Apakah tidak ada perasaan takut langsung dengan Allah?

Menjawap pertuduhan keenam

Mengambil Haji di Kampung Seronok?

Syed Hj Muhammad Syafi’i adalah seorang ulamak Islam dan pengikutnya juga orang Islam. Maka seorang yang mengaku dirinya Islam maka Rukun Islam yang kelima yang wajib ditunaikan bagi yang berkemampuan ialah mengerjakan Haji ke Tanah Suci Mekah. Maka Tanah Suci Islam hanya satu sahaja di atas muka bumi ini iaitu di Makkatul Mukaramah di Arab Saudi bukan di Bayan Lepas @ Malaysia Islam Hadari. Ramai daripada pengikut beliau yang telah pergi balik ke Mekah berulang kali. Dan ramai sekali yang bergelar Haji.

Kemungkinan fitnah ini bermula di waktu di mana pada waktu-waktu tertentu kolam takungan di atas Bukit Payung (bersebelahan Kg Seronok) yang menyalirkan air menggunakan buluh dari takungan ke Masjid Kg Seronok akan dicuci secara beramai-ramai dan anak-anak muda yang nakal yang akan menyanyi beramai-ramai berhibur sambil membersihkan kolam. Dan kebetulannya jalan ke takungan dibuat mengelilingi bukit sehingga sampai ke puncak. Jadi apabila dilihat oleh orang ramai maka mereka berandaian yang masyarakat Kg Seronok menunaikan Haji di situ. Masya Allah, sekali lagi gejala fitnah yang dibuat tanpa usul periksa. Orang yang mengaku Islam tapi jika membuat fitnah terhadap sesama Islam apa kedudukkannya?

Rasionalnya, sifat orang munafik dan sifat dari maklumat yang disampaikannya mempunyai kesan yang merosak ke semua arah dan tentunya kalau orang yang mendengar atau membantu menyebarkan tanpa alibi yang terbukti kebenarannya maka akan sama-sama merosak seluruh masyarakat oleh cerita palsunya.

Meskipun mungkin ada keinginan berlebih untuk menyampaikan sesuatu cerita, bualan atau kebohongan pada akhirnya akan jatuh menjadi fanatisme buta. Ataupun kalau bualannya itu berhubungan dengan tujuan memperburukkan atau menjatuhkan suatu kelompok masyarakat maka hasil akhirnya adalah “fitnah” yang dikatakan “lebih keji daripada pembunuhan” iaitu dengan pembunuhan karakter dari orang yang menjadi sasaran fitnah ataupun sekelompok orang.

Menjawap pertuduhan ketujuh

Alam ini bersifat Qadim atau sedia.

Tidak dapat dipastikan mana sumber yang dicedok oleh mereka ini. Tapi seperti yang dijelaskan sebelumnya bahawa tidak dapat di temui mana-mana sumber daripada Hj Syed Muhammad Syafi’i berhubung dengan perkara ini. Hj Muhammad amat berpegang kuat kepada pegangan Imam Abu Hassan As-Syaari dari segi Tauhid atau Aqidah seperti yang disepakati oleh seluruh ulamak Ahli Sunnah wal jama’ah. Di mana beliau amat menekankan peri pentingnya pengajian Sifat Dua puluh yakni mengenali sifat-sifat Allah swt.

Dalam pengajian yang diajarkan beliau, Sifat Qadim itu tertentu hanya milik Allah dan mana mungkin alam baharu yang ini bersifat Qadim ertinya tiada permulaan. Mukhilafatuhu lil hawadith yang bermaksud ‘bersalahan Allah itu bagi yang baharu’. Tak dapat dicerna dengan akal yang rasional bahawa alam yang diciptakan Allah ini bersifat sedia (Qadim)??? Alam baharu ini dijadikan Allah berpermulaan dan juga akan ada pengakhiran yakni dengan berlakunya Kiamat!!! Ini lagi satu dongeng yang tak masuk dek akal.

Cubalah berbanyak-banyak beristaghfar dan muhasabah banyak-banyak. Hentikanlah daripada menyebarkan fitnah mengenai perkara yang di luar pengetahuan anda dan mohonkanlah keampunan dari Allah swt dengan apa yang telah anda lakukan.

Menjawap pertuduhan kelapan

Menolak kewujudan kiamat, syurga dan neraka.

Juga tidak tidak dapat dipastikan mana sumber yang dicedok oleh mereka ini. Tapi seperti yang dijelaskan sebelumnya bahawa tidak dapat di temui daripada mana-mana sumber yang dipetik dalam pengajian Hj Syed Muhammad Syafi’i berhubung dengan perkara ini. Sebagai seorang Islam yang beriman dengan rukun iman maka percaya kepada kiamat terdapat di dalam rukun iman kelima. Jadi tak usahlah kita perpanjang lebarkan kepercayaan pada hari kiamat kerana termaktub di dalam rukun iman terhadap perkara ini. Hj Syed Muhammad Syafi’i sentiasa berpegang teguh kepada 6 prinsip rukun iman dan amat mentaati 5 rukun Islam begitu juga jemaah yang mengikuti pengajiannya.

Dan percaya kepada syurga dan neraka terdapat pada rukun Islam yang ketiga yakni percaya kepada kitab-kitab Allah dan semestinya percaya kepada Al Quran. Di mana syurga dan neraka sering diulang-ulang di dalam Al Quran. Begitu pada soal syurga dan neraka, hanya puak atheis atau tabii atau komunis yang tidak mempercayai syurga dan neraka.

Wujudkah kelompok yang beragama Islam yang tidak mempercayai Syurga dan neraka?? Kalau ada pun mungkin mereka itu kurang waras... Habis tu di hari Kebangktan nanti di manakah kita akan ditempatkan pulak? Ini satu lagi fitnah besar yang digembar-gemborkan kepada rakyat Malaysia umumnya. Dan kini dalam abad yang canggih ini fitnah ini mula disebarkan ke seluruh dunia. Maka bersediakah bagi anda yang menyebarkan fitnah ini kepada berjuta-juta umat di atas muka dunia ini untuk berhadapan dengan Khalik kita Allah swt nanti.

Mengapa saya bersungguh-sungguh Mempertahankan Hj Syed Muhammad Syafi’i?

Saya sebagai seorang Islam, hamba Allah yang hina ini berusaha sedaya upaya selemah-lemah kudrat dan keupayaan memepertahankannya walaupun dengan tulisan dari lisan yang tak seberapa ini demi untuk memperbetulkan segala tohmahan palsu yang dilemparkan terhadap Hj Syed Muhammad Syafi’i seorang hamba Allah yang fana lagi fakir ini . Dan juga jika anda tidak mengenal Hj Syed Muhammad Syafi’i, maka dia ialah salah seorang Wali Allah dengan berbagai-bagai karamah dan kelebihan yang dikurniakan Allah swt terhadap beliau.

Juga demi atas kemurnian Islam dan tertegak kembali kebenaran dengan mentaati seluruhnya perintah Allah dan Rasul junjungan kita yang amat kita kasihi Nabi Muhammad saw. Maka amat menyedihkan bagi kita kerana tohmahan yang amat jelek sebegitu rupa dilontarkan olah orang-orang yang mengaku dirinya Islam dan ditujukan kepada zuriat Rasulullah saw yang sememangnya seorang abid yang taat dalam beragama dan sentiasa menjalankan kebajikan atas semua manusia dan tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam berdakwah di bumi Allah ini.

Sejarah beliau secara ringkas

Berdarah keturunan daripada Saidina Hassan dari sebelah ayahnya dan berdarah keturunan Husin di sebelah ibunya. Berasal dari Madura dari keturunan Sunan Bonang dan berjalur keturunan dari Sayed Nuruddin al-Maghribi (al-Jamalullail) dari Moroko seterusnya kepada Saidina Hasan ra cucunda Rasulullah yang amat kita kasihi.Begitulah secara ringkasnya. Di zaman remajanya beliau berguru di Mekah dan terkenal kerana arif dalam 4 mazhab, arif dalam bidang feqah, usuluddin, malah juga arif dalam bidang astronomi yakni falaq. Dan sekembalinya beliau ke Malaysia beliau mula mengajar di Pulau Pinang dan seterusnya ke seluruh Tanah Malaya.

Apa yang dianggap ganjil oleh masyarakat ialah kerana berbeza sudut pandang dari segi pertamanya, ajaran Hj Muhammad Syafii menganjurkan supaya menghormati ahlul bait Rasulullah secara semuanya tidak hanya pada keturunan beliau (Hj Muhammad) sahaja. Sebagaimana yang ditegaskan terdapat di dalam Firman dan Hadith Nabi saw. Dan yang keduanya, beliau menganjurkan hidup berzuhud dan mengamalkan Tasawuf (sufism)sebagaimana yang dianjurkan oleh ulamak-ulamak ahli sunnah yang muktabar seperti al-Imam al-Ghazali ra dan lain-lain lagi.

Sebagaimana Rasulullah bersabda :

Ihsan ialah engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihatnya. Jika engkau tidak melihatNya, maka engkau ketahuilah bahawa Allah sentiasa melihat kepadamu " Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).

Inilah benteng rohani Islam yang kini semakin dialpakan oleh masyarakat Islam masakini yang cuba dihakis oleh para penjajah kufur Inggeris dari bumi kita. Banyak yang di antara kita yang tidak mendalami Tasawwuf,bahkan ada yang langsung tidak mengetahuinya.
Ini yang sangat dikehendaki oleh Inggeris yakni mengikis Tasawuf dari masyarakat Islam supaya perhubungan rohani kita dengan Allah Khalik kita diputuskan. Mereka yang banyak menjarah bumi-bumi Islam telah terlebih dahulu memahami kunci utama bagi penentangan yang kuat dalam menentang penjajahan mereka ialah datang dari ahli-ahli rohani atau ahli-ahli Tasawwuf.

Malah ilmuwan-ilmuwan Islam yang terkenal seperti Ibnu Sina, Syed Jamaluddin al-Afghani , Sheikh Muhammad Abduh, Hassan al-Banna juga merupakan ahli tasawwuf.Dan juga tersebarnya Islam ke sebahagian pelusuk dunia adalah dengan usaha gigh ahli-ahli tasawwuf seperti yang diakui oleh Hassan al-Banna :

“ Tidak dapat dinafikan bahawa ilmu tasawwuf dan tariqat telah memainkan peranan penting dalam menyebarkan Islam di pelusok dunia yang jauh. Penyebaran Islam tidak mungkin tercapai tanpa semangat berdakwah ahli-ahli sufi ini. Islam tersebar luas lantaran usaha usaha mereka ini. Bahkan Islam masih tersebar di pelbagai bandar Afrika dan di kawasan tengah Afrika melalui ahli-ahli sufi. Begitu juga halnya dikebanyakan kawasan Asia “. – Hassan al-Banna.

Tapi tidak dapat dinafikan bahawa ada segilintir pihak yang melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah yang cuba mencemari nama baik Tasawwuf dengan mengaku mereka sebagai ahli Tasawwuf padahal dalam masa melaku perkara-perkara kurafat dan ritual yang aneh-aneh. Tapi siasatlah dahulu sama ada benar atau tidak tentang amalan mereka itu.

Akibat daripada meninggalkan tasawwuf maka kita telah kehilangan suatu perisai pertahanan untuk membentengi diri kita dari musuh-musuh Islam.Benteng-benteng kita dengan rakusnya dicerobohi oleh anasir-anasir luar yang cuba menghancurkan Islam.
Benarlah seperti sabda Rasulullah saw:

"Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka." Maka salah seorang sahabat bertanya," Apakah karena jumlah kami yang sedikit pada hari itu?"
Nabi saw, menjawab,"Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut 'rasa gentar' terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.
"Seorang sahabat bertanya, 'Apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?' Rasulullah saw, menjawab, "Cinta dunia dan takut mati." (Hr Abu Dawud dan Ahmad)

Maksud "...cinta dunia dan takut mati" ialah secara tak langsungnya ialah kerana meninggalkan ilmu tasawuf atau makam Ihsan tadi. Sebab hanya dengan bertasawuf sahaja bisa menghilangkan cinta kepada dunia dan kita merindukan mati untuk bertemu Allah swt Tuhan Yang Maha Hidup.Seperti firman:
“Adapun orang-orang yang beriman, benar-benar dalam kedahsyatan cinta kepada Allah.” (QS. al-Baqarah:165) Dan, “Allah
Mencintai mereka, dan mereka pun mencintaiNya.” (QS. Al-Maidah: 54)

Kecintaan terhadap Allah secara hakiki hanya bisa dicapai dengan ilmu-ilmu tasawuf.
Banyak sekali yang mendasari paham mahabah baik itu dari Alquran, hadis maupun dari sahabat dan ulama. Untuk itu mari kita perhatikan sebagai berikut:

“Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” QS. 3:31

“…Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya,…”QS. 5:54

“Hamba-Ku senantiasa mendekatkan diri pada-Ku dengan perbuatan-perbuatan, hingga Aku cinta padanya. Orang yang Ku-cintai menjadi telinga, mata, dan tangan-Ku.”
HR. Al-Bukhari dan Hanbali.

Hadis ini, memberikan pengertian bahwa perhubungan Tuhan dan makhluk dapat diperkukuhkan melalui paham cinta.

Rasulullah saw. menjadikan cinta kepada Allah sebagai bagian dari syarat keimanan. Hal ini dinyatakan dalam banyak hadis, antara lain ketika Abu Ruzayn al-‘Uqayli bertanya kepada Rasulullah saw., “Apakah iman itu, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Iman itu mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi apa pun.”
HR. Ahmad dengan beberapa tambahan di awal hadis.

Hadis yang lain menyebutkan, “Seseorang belum dianggap beriman sampai aku lebih dicintai jauh melebihi cintanya kepada keluarga, harta, dan seluruh manusia.”
HR.Al-Bukhârî dan Muslim melalui jalur Anas.

Dalam sebuah riwayat disebutkan, “…jauh melebihi cintanya kepada dirinya sendiri.”

Rasulullah saw. juga memerintahkan kita agar mencintai Allah Swt., “Cintailah Allah, karena Dia telah melimpahkan nikmat kepadamu. Dan, cintailah aku, karena Allah mencintaiku!”
HR. Al-Tirmidzî melalui jalur Ibn ‘Abbâs. Menurutnya, kualitas hadis ini hasan gharîb (baik dan langka).

Salah satu doa Nabi saw. berbunyi, “Ya, Allah! Jadikanlah aku orang yang mencintai-Mu, mencintai orang yang mencintai-Mu, dan mencintai segala sesuatu yang dapat mendekatkan cintaku kepada-Mu. Dan, jadikanlah cintaku kepada-Mu melebihi air sejuk sekalipun.”

Abu Bakr al-Shiddiq r.a. menuturkan, “Orang yang sudah merasakan nikmatnya mencintai Allah secara tulus akan senantiasa sibuk dengan cintanya itu, sehingga tidak ada kesempatan sedikit pun untuk berurusan dengan dunia. Ia pun akan menghindar dari hiruk-pikuk kehidupan manusia.”

‘Abd al-Wahid ibn Zayd bercerita, “Suatu kali aku bertemu dengan seorang lelaki yang sedang berdiri di atas salju. Aku bertanya, ‘Apa kamu tidak merasa dingin?’ Dia menjawab, ‘Orang yang sibuk dengan cinta kepada Allah tidak akan merasakan dingin sedikit pun.’”

Sarri al-Saqathi berkata, “Pada Hari Kiamat nanti setiap umat akan dipanggil sesuai dengan nama nabi masing-masing. Mereka akan dipanggil, ‘Wahai umat Musa!’ ‘Wahai umat ‘Isa!’ ‘Wahai umat Muhammad!’ Namun, tidak demikian halnya dengan mereka yang mencintai Allah. Mereka akan dipanggil, ‘Wahai kekasih-kekasih Allah, kemarilah ke sisi-Ku!’ Hampir copot hati mereka karena saking bahagianya mendengar panggilan itu.”

Menurut Harm ibn Hayyan, “Ketika seorang mukmin sudah mengenal Tuhannya Yang Mahaagung dan Mahamulia, ia pasti akan mencintai-Nya. Setelah mencintainya, ia pasti akan menghampiri-Nya. Kala mencicipi manisnya dekat dengan-Nya, ia pasti tidak akan memandang dunia dengan tatapan mata nafsu. Demikian juga ia tidak akan memandang akhirat dengan tatapan mata sayu. Di dunia, menghadap Allah membuatnya begitu lelah. Namun, di akhirat, hal itu membuatnya lega dan nikmat.”

Dalam sebagian kitab Allah disebutkan, “Wahai hambaku, demi hakmu, Aku mencintaimu. Dan, demi hak-Ku padamu, hendaklah kamu mencintai-Ku!”

Banyak sekali hadis dan tradisi ulama terdahulu yang berbicara tentang cinta kepada Allah ini. Tidak mungkin semua dapat ditampung di sini.

Pohon sebesar manapun jika akarnya tiada maka bisa tumbang walaupun hanya dengan hembusan angin. Akar Islam inilah yang dinamakan martabat Ihsan seperti yang kita bincangkan sebelumnya yang hanya bisa dicapai secara mendalami ilmu tasawwuf yang sebenarnya.

Akibat dari meninggalkan pemahaman Tasawuf atau martabat Ihsan tadi maka Islam kini dipraktiskan secara ritual (upacara) sahaja tetapi tidak ada kualitas atau kesedaran rohani yang tinggi atau perhubungan rohani yang kuat dengan Allah Maha Pencipta. Maka tidak hairanlah jikalau hari ini anak Pak Imam yang sedari kecil diasuh dan dididik dengan nilai-nilai Islam tiba-tiba sahaja murtad dan meninggalkan Islam.Dan tidak hairanlah kenapa Islam di hari ini tertinggal di dalam semua bidang samada ilmu dunia dan juga ilmu akhirat sebagaimana merujuk kepada
Imam Ahmad bin Hanbal(164-241 H./780-855 M)

Imam Ahmad (ra): "Ya walladee 'alayka bi-jallassati ha'ula'i as-Sufiyya. Fa innahum zaadu 'alayna bikathuratil 'ilmi wal murqaba wal khashiyyata waz-zuhda wa 'uluwal himmat (Anakku jika kamu harus duduk bersama orang-orang sufi, kerana mereka adalah mata air ilmu dan mereka tetap mengingat Allah dalam hati mereka. Mereka orang-orang zuhud dan mereka memiliki kekuatan spiritual yang tertinggi," --Tanwir al-Qulub, p. 405, Shaikh Amin al-Kurdi) Imam Ahmad (r) tentang Sufi:"Aku tidak melihat orang yang lebih baik dari mereka" ( Ghiza al-Albab, vol. 1, p. 120)

Imam Ghazali (450-505 H./1058-1111 M)

Imam Ghazali, hujjatul-Islam, tentang tasawuf: "Saya tahu dengan benar bahawa para Sufi adalah para pencari jalan Allah, dan bahawa mereka melakukan yang terbaik, dan jalan mereka adalah jalan terbaik, dan akhlak mereka paling suci. Mereka membersihkan hati mereka dari selain Allah dan mereka menjadikan mereka sebagai jalan bagi sungai untuk mengalirnya kehadiran Ilahi [al-Munqidh min ad-dalal, p. 131].

Imam Nawawi (620-676 H./1223-1278 M)

Dalam suratnya al-Maqasid: "Ciri jalan sufi ada 5:
1. menjaga kehadiran Allah dalam hati pada waktu ramai dan sendiri
2. mengikuti Sunah Rasul dengan perbuatan dan kata
3. menghindari ketergantungan kepada orang lain
4. bersyukur pada pemberian Allah meski sedikit
5. selalu merujuk masalah kepada Allah swt [Maqasid at-Tawhid, p. 20]

Ibn Khaldun (733-808 H./1332-1406 M)

Ibn Khaldun: "Jalan sufi adalah jalan salaf, ulama-ulama di antara Sahabat, Tabi'een, and Tabi' at-Tabi'een. Asalnya adalah beribadah kepada Allah dan meninggalkan perhiasan dan kesenangan dunia" [Muqaddimat ibn Khaldan, p. 328]

Apa kata Ibn Taymiah tentang istilah tasawuf

Berikut adalah pendapat Ibn Tamiah tentang definisi Tasauf dari Volume 11, At-Tasawwuf, of Majmu'a Fatawa Ibn Taymiyya al-Kubra, Dar ar-Rahmah, Cairo:
"Alhamdulillah, penggunaan kata tasauf telah didiskusikan secara mendalam. Ini adalah istilah yang diberikan kepada hal yang berhubungan dengan cabang ilmu (tazkiyat an-nafs and Ihsan)." "Tasawuf adalah ilmu tentang kenyataan dan keadaan dari pengalaman. Sufi adalah orang yang menyucikan dirinya dari segala sesuatu yang menjauhkan dari mengingat Allah dan orang yang mengisi dirinya dengan ilmu hati dan ilmu fikiran di mana harga emas dan batu adalah sama saja baginya.

Tasawuf menjaga makna-makna yang tinggi dan meninggalkan sifat mazmumah untuk meraih keadaan yang penuh dengan Kebenaran. Manusia terbaik sesudah Nabi adalah Shidiqin, sebagaimana disebutkan Allah: "Dan barangsiapa yang menta'ati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu: Nabi, para shiddiqqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. (QS. 4:69)" Dia melanjutkan mengenai Sufi,"mereka berusaha untuk mentaati Allah.. Sehingga dari mereka kamu akan mendapati mereka merupakan yang terdepan sabiqunas-sabiqun) karena usaha mereka. Dan sebahagian dari merupakan golongan kanan (ashabus-syimal)."

Dan Tentu Masih Banyak Lagi pendapat-pendapat dari para ulama yang termasyur !!

Kerana apa umat Islam di hari ini hairan dengan masalah kemurtadan yang selau terdengar di dada-dada akhbar? Sebabnya ialah tiada kesedaran rohani yang tinggi.
Seperti Hadis Nabi saw:

Al-Quran Hanya Tinggal Tulisannya Sahaja -
Dari Ali r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: " Hampir datang suatu zaman, di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan dari Al-Quran hanya tinggal huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjid indah dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah yang paling jahat di antaranya yang ada di bawah langit. Dari mereka (ulama) itu akan muncul berbagai-bagai fitnah dan fitnah itu akan kembali ke lingkungan mereka sendiri "

(Riwayat Baihaqi)

Pengertian "ulamak yang ada di bawah langit " di dalam hadith Nabi saw ialah ulamak yang meninggalkan jalan perhubungan kepada Sang Khalik Allah swt.Yakni ulamak yang meninggalkan Tasawuf sepenuhnya.Sebab apa Al-Quran hanya tinggal huruf dan tulisannya sahaja dan sebab apa masjid-masjid indah dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk? Dan sebab apa Ulama mereka adalah yang paling jahat dan kenapa di antara ulamak-ulamak itu yang ada di bawah langit? Fikirlah sendiri saudara-saudara sekalian.

Ilmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang;-
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;- “Bahawasanya Allah s.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”
(Riwayat Muslim)

Maksudnya ulamak-ulamak tasawuf yang Muktabar ditolak.Contohnya fitnah yang pelbagai dilemparkan terhadap al-Imam Ghazali iaitu ulamak tersohor dalam ilmu tasawuf yang dituduh menciplak fahaman falasah Yunani dan bermacam-macam tohmahan lagi.


Kekuatan rohani hanya bisa dicapai melalui proses meningkatkan rohaninya dengan ibadah-ibadah wajib, seterusnya ibadah-ibadah sunat, di samping zikir-zikir, bermuhasabah diri, berzuhud (meninggalkan rasa kasih pada dunia, bukan membiarkan hidup kita melarat dalam kemiskinan).

Merujuk kepada firman:
' Dialah (Allah) yang mengangkat kamu menjadi khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu daripada yang lain beberapa darjat, supaya Dia mencobai kamu tentang apa yang diberikanNya kepada kamu ' (QS al-An'aam: 165)

Dan seperti firman Allah swt dalam Hadith Qudsi :

Tidak ada seorangpun yang mendekatkan dirinya kepadaKu dengan amalan fardhu dan sentiasa mendekati Aku dengan amalan nawafil (sunat) sehingga Aku cinta padanya. Bila Aku cinta padanya maka Aku akan jadi pendengarannya, penglihatannya, lisan, tangan dan kakinya. Dia akan mendengar, melihat bertutur dan berjalan dengan Aku.’ – Hadith Qudsi.

Maka inilah kekuatan tersembunyi di dalam Islam yang kekuatannya jika dilepaskan akan melebihi kekuatan ledakan nuklear, seperti sahabat-sahabat yang dibimbing Rasulullah yang mempunyai nilai iman dan spiritual yang tinggi. Tidak tamak mengejar dunia. Mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang sesama yang tinggi.

Ikutlah contoh peribadi lebah yang mana telah diabadikan Allah di dalam Al-Quran Suran an-Nahl di mana pengajaran dari lebah ialah:
Persiaplah diri kamu atau letaklah diri kamu di tempat tinggi belajarlah ilmu yang baik-baik (ilmu Allah), dan apabila dirimu kemudiannya telah dihiasi dengan ilmu-ilmu Allah maka ajarkanlah ia sebagai ilmu untuk menyembuhkan rohani manusia.Allahu aklam. (janganlah kamu ajar ilmu untuk merosakkan aqidah manusia).

Sebagaimana terjemahan Surah an-Nahl Ayat 68-69

Tuhanmu telah mewahyukan kepada lebah : Buatlah rumah di atas bukit dan di atas pohon kayu dan daripada apa-apa yang mereka jadikan atap. Kemudian makanlah bermacam-macam buah-buahan dan laluilah jalan Tuhanmu dengan mudah. Keluar dari dalam perutnya minuman yang berlainan warnanya, untuk menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada demikian itu menjadi tanda bagi kaum yang memikirkannya.

Inilah nilai-nilai murni yang diajar oleh Al-Quran. Maka hiasilah diri kita ini dengan sifat-sifat yang baik dan jauhilah sifat-sifat mazmumah seperti memfitnah, berburuk sangka, menuduh orang dengan tanpa bukti yang jelas dan sebagainya.

Berikut adalah salah satu karamah yang menunjukkan Hj Syed Muhammad Syafi’i adalah Wali Allah. Sebenarnya masih ada banyak lagi karamah-karamah beliau tetapi tak dapat dijelaskan semuanya di ruangan ini. Tak lama sebelum kedatangan beliau dari Tanah Madura ke Tanah Pulau Pinang, penduduk qaryah Binjai (kampung yang terletak berhampiran dengan laut bersebelahan dengan Kg Seronok) telah menemui Kitab Al-Quran yang hanyut terapung-terapung di pesisir pantai. Yang ajaibnya kitab tersebut tidak rosak digenangi air.

Kitab ini disimpan oleh qaryah Binjai sampai hari ini.

Hujah demi hujah saya telah keutarakan, jika ada yang silap dan salah maka ianya dari saya dan apa yang baik ianya dari Allah. Semoga kita sama-sama menginsafi atas kesilapan-kesilapan yang kita terlanjur buat. Dan semoga Allah swt memberi pengampunan atas dosa-dosa kita dari yang sekecil-kecil hingga yang sebesar-besarnya. Sekali lagi saya menyeru anda supaya hentikanlah fitnah ini demi untuk kebaikan semua.

Akhir kata ribuan keampunan jika saya ada tersilap kata atau terkasar bahasa.
Sekian. Asalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Darwisy yang hina.